Maklumat Penanaman Cosmos Cosmic

COSMOS SULPHUREUS, Cosmic

MAKLUMAT TEKNIKAL

Kitar Hidup

Tahunan

Asal Keluarga
Asteraceae, Mexico

Lokasi
Cahaya matahari yang penuh - Teduhan sederhana

Ketinggian Dalam Taman
30 cm

Kebiasaan Pembungaan
Mei - Ogos

Jadual
Pemetikan --> 4 – 6 minggu
Penyiraman Pasu --> 7 – 8 minggu

Tempoh Penjualan
Sehingga Mei

Bentuk Biji Benih
Mentah

Jumlah Biji Benih
122 K/g

Masa Semaian
Februari sehingga akhir Julai

Kaedah Semaian
2 - 3 biji benih setiap lubang. Semaian terus ke pasu terakhir boleh dilakukan.    

Percambahan
5 - 8 hari pada suhu 20°C, dalam media dengan larutan garam yang rendah dan kadar pH 5.5 - 5.8. Selepas semaian, letakkan sedikit vermiculite di atas biji benih. Pastikan tanah adalah sedikit lembap tetapi bukannya basah.

Kultur Anak Benih
Dari peringkat kedua, kurangkan kelembapan pada tanah, tetapi anak benih tidak seharusnya kering. Kurangkan suhu sehingga 17 - 18°C. Pastikan larutan garam tidak meningkat melebihi 0.75 EC. Mulakan proses pembajaan pada kadar nitrogen 50 ppm dalam formula yang seimbang. Pada peringkat III and IV kadar pembajaan boleh ditingkatkan sehingga 100 - 150 ppm.

Pertumbuhan Seterusnya
3 - 4 minggu selepas semaian, pindahkan 1 - 2 tumbuhan ke dalam satu pek atau pasu (10 cm), atau 2 - 3 tumbuhan ke dalam pasu yang lebih besar (10 - 15 cm)

Media
Gunakan substrat kering dengan kandungan tanah liat 20 - 30%, 1 - 2 kg/m3 baja yang seimbang, besi chelate, mikronutrien, pH 5.5 - 5.8.

Suhu
Pertumbuhan pada suhu 15 - 17°C di luar. Cosmos tidak dapat menahan keadaan sejuk beku.

Pembajaan
Kadar pembajaan sederhana adalah diperlukan. Letakkan baja setiap minggu dengan nitrogen pada kadar 100 - 150 ppm dengan menggunakan baja yang seimbang. Elakkan kadar ammonium dan nitrogen yang tinggi.

Nota
Cosmos tidak dapat menahan penyiraman yang keterlaluan. Penyiraman harus dilakukan dengan teliti. Kualiti tumbuhan dapat ditingkatkan pada suhu yang rendah, di antara kadar optimum dan juga kultivasi yang kering.